SETIAUSAHA SYARIKAT KUALA LUMPUR
SYARIKAT SECRETARY MALAYSIA
Syarikat setiausaha ialah jawatan khas yang diwujudkan oleh Akta Syarikat 2016 bagi membantu tugas-tugas pengarah syarikat untuk mematuhi keperluan akta tersebut. Khidmat Setiausaha Syarikat atau syarikat secretary adalah penting untuk memastikan syarikat anda mematuhi segala peraturan dan akta yang telah ditetapkan sama ada semasa penubuhan ataupun selepas penubuhan. Segala dokumen syarikat yang berkaitan perlu disahkan oleh setiausaha syarikat supaya ia diterima dan sah disisi undang-undang mengikut akta yang telah ditetapkan.
Sebagai sebuah Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur, kami berperanan untuk membantu dan memberi nasihat kepada hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan syarikat kepada ahli lembaga pengarah syarikat. Kami juga akan membimbing ahli Lembaga syarikat untuk memahami segala peraturan dan peruntukan yang termaktub bagi menubuhkan sesebuah syarikat.
PERANAN SETIAUSAHA SYARIKAT
Peranan dan tugas Setiausaha Syarikat di Malaysia telah digariskan di dalam Persatuan Setiausaha, yang ditadbir dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara tanggungjawab setiausaha syarikat yang dilantik di dalam sesebuah syarikat adalah sebagai Pegawai Syarikat dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah. Setiausaha syarikat perlu memahami peruntukan di bawah Memorandum dan Artikel Persatuan bagi syarikat dan segala perihal kepatuhan bagi pelbagai badan berkanun dan badan pengawalseliaan.
Selain itu, mentadbir Mesyuarat Syarikat Melalui Penyeliaan adalah tugas setiausaha syarikat untuk menghadirkan diri dan merekodkan minit mesyuarat untuk sesebuah syarikat selain memberi nasihat am berkaitan perkara-perkara berhubung kesetiausahaan syarikat apabila diperlukan.
MERINGANKAN TUGASAN ANDA
Setiausaha Syarikat merupakan ahli syarikat yang penting di dalam pelaksanaan perolehan korporat, penjualan dan penggabungan, serta menjamin kepentingan syarikat untuk memastikan keberkesanan segala dokumentasi agar penilaian komersial dapat dilakukan dengan teratur sebelum melengkapkan urusniaga. Peranan syarikat setiausaha adalah terhad kepada tugas-tugas tertentu sahaja dan ianya lebih kepada memastikan syarikat tersebut mematuhi segala Akta Syarikat 2016. Segala urusan perniagaan syarikat merupakan urusan dalaman yang perlu diselesaikan oleh pihak syarikat berkenaan.
Amatlah penting bagi setiap syarikat untuk memilih syarikat setiausaha yang berpengalaman, dipercayai dan cepat dapat membantu mempercepatkan perkembangan syarikat anda. Sebagai sebuah Setiausaha Syarikat Kuala Lumpur, kami menawarkan kos setiausaha syarikat yang berpatutan bersama kualiti yang tiada tolak tanding bandingannya.