Setiausaha syarikat adalah komponen penting dalam segala perniagaan tidak kira saiz atau strukturnya. Semua syarikat yang ditubuhkan di Malaysia wajib mempunyai sekurang-kurangnya satu setiausaha syarikat itu mestilah orang semula jadi dan pemastautin di Malaysia yang merupakan anggota mana-mana badan profesional yang ditetapkan atau dilesenkan oleh SSM. Untuk menubuhkan sebuah syarikat Sdn Bhd, pelbagai komitmen yang perlu diambil kira dari segala aspek oleh pihak yang berkenaan. Pemilik syarikat perlu mengetahui segala informasi, sebelum dan selepas penubuhan syarikat agar dapat memudahkan operasi syarikat pada masa akan datang. Hal ini termasuklah dari segi kos setiausaha syarikat.